CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nuffie

In construction



Thanks to Leelou!
for such amazing art!

Thursday, January 19, 2012

Why stop from being a better 'Fana'


Asssalamualaikum

Pernah baca VERSUS? Maaf, hanya yang pernah baca mungkin akan faham penulisan kali ni. 

Dalam mood VERSUS sekarang. Terasa Minn Edina itu diri sendiri. Cuma saya tak pandai imbang diri atas skate board, tak pandai buat tail spin or apa apa pun mereka panggil. Saya takde clan. Saya tak pernah free hair seperti Minn Edina. Saya bukan Ed Sassin' of Wrath.  Bukan jugak awek Sun of Wrath. 

Saya adalah Minn Edina versi pertengahan. Minn Edina yang telah diamanahkan oleh arwah datuk beliau untuk gantung skate. Jangan join scene lagi. Pakai tudung. Berubah jadi baik. Pakai baju macam saiz XXL. Solat tak tinggal. Minn Edina yang masih layan BOTY tapi dalam DVD je kat rumah dengan abang dan adik. Minn Edina yang hias sudut bilik dengan poster poster lagenda skate terkenal. Iya, saya Minn Edina yang itu. 

Bukan dengan kegilaan skate yang pastinya. Tapi dengan kegilaan dan obses terhadap jepun. Drama, lagu, bahasa, culture, artis. Cuma tiada poster penyanyi jepun menghiasi bilik. Sebab saya sendiri tak suka ada poster poster di bilik. MP3 player penuh lagu Jepun, boleh kira dengan jari berapa banyak lagu Melayu, Inggeris. Minn Edina versi itu tapi sedikit berbeza. 

Minn Edina watak dalam VERSUS tu digambar kan dengan karakter yang 'aku-cool'. Tak main lah cintan cintun. Kalau ada kawan lelaki yang rapat pun hanya kawan clan terdahulu, Fudge, Chat. Tiba tiba muncul Ashraff Omar, AO dalam hidup seorang Minn Edina. 

AO of Bronx. Sama sama budak scene. Sama sama budak skate. Tapi AO berubah untuk Minn Edina. AO rasa dia tak cukup baik untuk Minn Edina. Sejak kejadian atas porch kereta rumah Minn malam tu,

"I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really like you. I want you to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good for you and for me. For us. Boleh you bagi peluang tu?" -AO, VERSUS

Sejurus AO hilang dari pandangan tak muncul muncul. Setahun berlalu. AO berubah. AO jadi lebih baik dari AO yang dahulu. AO cuba samakan level diri dengan Minn Edina. Itu yang Minn Edina nampak masa melawat abang Minn, Ked Flop di Aussie.

Tahun berlalu lagi. Setahun mereka tak berjumpa sejak di Aussie tiba tiba AO mengajak. 

"Weekend ni I nak ajak you pergi Cerakah, ada program untuk budak OZ-NZ yang balik cuti", -AO, VERSUS

Minn yang ingat AO dah berevolusi tergelak. Tapi AO bersungguh. Nekad mengajak. Hingga Minn setuju.

Minn dikenalkan dengan seorang gadis, Jasmin. Pertama kali berjumpa, Jasmin dah boleh ramah dengan Minn,

"...we are sisters anyway. Salam Ukhwah", Jasmin, VERSUS

Jargon Jasmin kedengaran aneh di telinga Minn. 'Ukhuwah' what? Fikirnya.

Sampai di Cerakah, Jasmin menyambut dengan senyuman. 

"Kita kena tunggu sekejap dekat sini. Tunggu kereta.Sebab nak masuk ke tempat chalet tu boleh pakai pakai empat kereta je. Dua untuk sisters, dua untuk bothers", - Jasmin, VERSUS

Minn termangu, berkerut dahi. Aneh lagi dengan vocab 'brothers' dan 'sisters' yang keluar dari mulut Jasmin sebentar tadi. 

Peserta lain tiba, Minn rasa macam di panah halilintar bila terlihat mereka. Semuanya pakai baju kurung dan memakai tudung labuh! Paling tidak pun pakai jubah seluar dengan tudung bidang 60"! Minn terasa sesak, terasa macam jauh, macam langit dengan bumi... dengan dirinya yang hanya pakai tudung turki lepas ke bawah, tshirt long sleeves dan jean straight cut longgar. Minn segan tiba tiba, ditanya pada Jasmin. Tapi Jasmin kata, 'Awak pakai ni ok je. Tutup aurat. Ada jugak yang pakai jeans'

MEMANG ADA yang pakai JEANS. Tapi dengan JUBAH. Minn rasa nak balik saat tu jugak. Ini dunia AO sekarang? Minn terasa out of place. Semua sisters yang berada di situ berbaju kurung. berjubah, berjubah seluar. Tudung labuh, berbidang 60", tudung ala ala mak arab. Sepanjang program berlangsung, tiada percampuran antara lelaki dan perempuan. Semua talk berkaitan dengan agama. Minn terasa asing. Selama ini dia menyangka diri nya 'baik', rupanya jauh lagi 'baik' Minn Edina dengan definisi BAIK itu sendiri.

Minn terasa jauh dari dunia AO yang sekarang.

"I am not meant for you.. Aku tak mampu berdiri di sebelah lelaki itu... It felt so wrong. Like i dont belong",  -Minn, Versus.

Perasaan Minn Edina saat itu seperti perasaan kala ini.

"...wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.... dan AO sekarang.."

"...tanggungjawab bina Baitul Muslim bukan sekadar unity of a man and woman. Tanggungjawab kita untuk lahirkan generasi yang akan membina semula Islam mengikut peringkat peringkat yang telah digariskan hingga ke peringkat ustaziatul'alam, insyaAllah.."-VERSUS

"You don't belong to his world Minn Edina. You are miles behind"-Minn Edina, VERSUS

Perubahan AO 180 darjah, upside down, inside out. Terasa macam tak mampu berubah ke arah itu. Seolah beralih dari channel HitzFm ke IKIMFm.

"Terasa pegangan agamanya begitu rapuh. Aku sekadar melengkapkan Rukun Islam. Sekadar membaca surah Yasin pada malam Jumaat. Sekadar menutup aurat dengan baju lengan panjang, jean straight cut dan tudung biasa. Aku tidak mengamalkan Qiyam sekurang kurangnya seminggu sekali. Tidak menghabiskan satu juzuk Al-Quran selang seminggu. Tidak litup dengan tudung labuh atau jubah. Tidak mengulang Ma'thurat setiap Subuh dan Asar. Tidak solat rawatib untuk setiap solat fardu"- Minn Edina, VERSUS


Definisi baik Minn Edina, hanya kerana dia tak berpeleseran dengan kawan kawan lain jantina.
Baik kerana tak bersentuhan dengan bukan muhrim.
Baik kerana meletakkan batas dalam pergaulan lelaki dan perempuan.
Baik kerana pakai baju longgar dan berlengan panjang.
Baik kerana kalau dia pergi menonton wayang pun dengan kawan perempuan.
Baik kerana dia solat cukup walau kadang kadang hampir ke akhir waktu.
Itu definisi baik seorang Minn Edina yang terasa dekat dengan diri. Perasan baik i would say. Padahal jauh panggang dari api. Itu cuma asas, basic!


Seorang Minn Edina wujud dalam diri ini. Saat ini.
Memohon harap wujud seorang Jasmin dalam hidup realiti. 


Tapi, Minn Edina cuba berubah. Sejak melihat dunia AO, kenapa dia tidak?
Minn cuba buang dirinya yang dulu. Poster poster yang memenuhi ruang bilik dia turunkan satu satu.

"Sesuatu yang kita suka tak semestinya baik untuk kita, dan sesuatu yang kita tak suka tu mungkin baik untuk kita"

Minn pujuk diri. 

"Mula mula akan susah nak adjust. But it doesn't kill to try"

Minn pujuk diri lagi.


Persoalannya, cukup kuat ke saya seperti Minn nak menekan butang 'delete' untuk segala folder Jdrama yang ada? Untuk segala folder yang bertulis 'AAA'? Untuk segala lagu yang tak datangkan faedah tu?

"C'mon, Minn. You've made it through from being an Ed'Sassin to a Minn. Why stop from being a better Minn?"

Why stop from being a better Fana?

Tapi payah.
Tapi Minn managed.
Bukan 100%
Better to have something than nothing.
Easier said than done.
Never say die before you try. There's always room for improvement before you reach perfection.
Mampu ke aku?
InsyaAllah. He will lead. Allah dah ketuk pintu hati, jangan sampai Dia merajuk tak nak ketuk pintu hati kita lagi. Go, girl!


Perang suara dalam kepala Minn. Sama berlagu dengan perang suara dalam kepala ini.


Selak VERSUS banyak kali. Nama nama buku agama kedengaran aneh dibaca. Nama penulis apatah lagi. Seumur hidup tidak pula diri ni terlintas membaca buku macam tu. "Virtues of Quran by Sheikh Abdul Qadir", "Maryam: An Exemplary Muslim Woman" dan banyak lagi. Kalau perabih novel, komik, laju lah. Suruh perabih buku yang tulis dalam Bahasa Inggeris ni memang lemah sikit. selak Harry Potter dua tiga muka surat dah terlelap. Pinjam Harry Potter dari Huda, sampai sekarang tak habis habis baca lagi.


Perlu lebih membaca, mengenal dan memahami. Selama ni rasa 'perasan' baik, masih ada sesuatu yang hilang. 

"Apabila berdepan dengan masalah, sepatutnya sedar sendiri yang Allah kurniakan jalan keluar kalau betul percaya pada janji-Nya. Perlu sentiasa percaya dengan janji Allah. Perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah. Perlu yakin yang setiap yang terjadi tu adalah ketetapan Allah yang terbaik untuk diri" - VERSUS


Ada sebab kenapa tiba tiba soal ini dibangkitkan.

Allah jaga kita. Allah jaga saya. Allah jaga awak. Perasan tak?

Why stop from being a better me?

ps: Promote HLOVATE habis habisan ni. *senyum*

0 people(s) concern:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails