WAS. for about 2 and half months. Sekejap sangat sebelum bertukar menjadi 'cikgu' tak berpengalaman ni.
Sayang sebenarnya nak tinggalkan ofis yang sesuka hati boleh pergi pakai baju apa tu. Ofis yang sebenarnya boleh masuk kerja sesuka hati pukul berapa asalkan cukup jam waktu bekerja.
Adalah kekurangan bila perlu bertolak dari rumah sejam awal dan jugak susah cari tempat lunch sebab tempat kerja di kawasan tempat tinggal berbangsa cina. Office mate pun 2 orang chinese. Kalau mereka ajak makan, serba salah nak terima sebab mereka kadang kadang tak faham kita yang Islam ni boleh dan tak boleh makan apa. Pernah salah seorang berkata,
"Sini punya tempat makan vegetarian, lain kali kita boleh pergi sini maa..."
Walaupun teran terangan itu kedai makan cina. =_="
Jadi waktu rehat saya selalu bawak 'bento', bekal dari rumah. Memandu ke surau berdekatan ( sebab ofis tak sediakan surau sebelum ni) dan makan 'bento' sorang sorang. Kadang kadang ditemani panggilan telefon. Solat zuhur pun sorang sorang di surau kecik tu. Alhamdulillah tak ada apa apa.
Rindu susana berbual dalam bahasa inggeris sambil belajar benda dan perkara baru. Pasal IOS, UI dan macam macam lagi.
| WAS a programmer! Tu sedang buat apps ok. |
Project first kami, improve apps yang mereka dah pernah buat. Apps jadual bas. Serious buntu waktu hari pertama menghadap coding. Rasa nak nangis dan give up.
Tapi usahakan jugak. Gagahkan jugak. Belajar merangkak satu satu. Chinese dua orang ni pun tak jemu ajar saya. Rasa serba salah bila mereka terangkan semula concept Object Oriented dekat saya sebab subject Object Oriented Programming dah pernah belajar masa tahun kedua di IIU.
| Sebab saya suka selsema, bos bekal kan panadol soluble terus letak atas meja. Dengan tisu sekali! |
| Berangan nak pakai Mac Book Air. Huu tak sempat. |
| Banyak sangat kena study masa tu |
| Keyboard Mac yang sangat menggoda saya! |
| Meeting room jadi tempat solat sebab Boss takut bahaya saya solat jauh jauh. |
Rindu nak bermain dengan coding. Mintak ajar subject programming, tak dapat. Sudahnya ajar jugak lah Micro P tu. Programming jugak. Assembly language. Hmm jadi lah dari tak de kan.
Tapi, ironi nya.. dah tahu tentang iphone pun masih tak rasa mahu akai iphone. haha ;b
Mungkin kalau free baru saya pakai kot.. *ehem*







2 people(s) concern:
micro P? ngajar kat mane? uia ke? hehe
MIcro P aah... ajar kat politeknik je.. ^^
Post a Comment